AM

AKTIVITI PEMBERSIHAN PANTAI SECARA BESAR-BESARAN DI PULAU RUSUKAN BESAR

29/06/2024 05:22 PM

LABUAN, 29 Jun  (Bernama) -- Pulau Rusukan Besar yang popular dalam kalangan pelancong di sini hari ini menjadi tumpuan bagi aktiviti pembersihan dan pengindahan pantai secara besar-besaran.

Pengurus Resort Pulau Rusukan Besar Kok Su Kian inisiatif itu disertai 77 sukarelawan membabitkan dua kumpulan iaitu 21 pelajar daripada pelbagai sekolah menengah di sini yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni  dan Budaya serta 56 pekerja JX Nippon Oil & Gas Exploration (Malaysia) dengan sokongan Jabatan Perikanan.

Pelajar berkenaan adalah dari Sekolah Menengah (SM) St. Anthony, SM St. Anne, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan, SMK Lajau, SMK Taman Perumahan Bedaun dan SMK Mutiara, selain empat mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang menghasilkan lukisan mural laut.

“Memandangkan pulau ini diuruskan bersama oleh Resort Pulau Rusukan Besar dan Jabatan Perikanan kami amat mengalu-alukan penglibatan sukarelawan khususnya daripada badan bukan kerajaan,” kata Kok Su. 

Sementara itu, Pengarah Pejabat Perikanan Labuan Suphian Ahmad berkata sukarelawan yang menyertai program itu turut diberi peluang menyaksikan usaha pemuliharaan penyu termasuk penetasan dan sarangnya di pulau itu.

“Program ini bukan sekadar pembersihan pantai tetapi juga untuk mendidik orang ramai tentang pemuliharaan penyu. Kami berterima kasih atas projek sukarelawan ini yang membantu menjadikan pulau ini sebagai destinasi wajib dikunjungi,” katanya.

Resort Pulau Rusukan Besar turut bekerjasama dengan Kelab Menyelam Labuan menganjurkan Festival Menyelam Labuan ke-2 dari 28-30 Jun.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan