JENAYAH & MAHKAMAH

PENGANJUR, INDIVIDU TERLIBAT PERHIMPUNAN DI PUTRAJAYA AKAN DIPANGGIL - POLIS

30/06/2024 01:28 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Polis telah mengenal pasti 12 individu termasuk penganjur Perhimpunan Aman Demi Negara yang diadakan di parkir awam di luar Kompleks Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kesemua mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata penganjur tidak mendapat permit berhimpun seperti ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman (Akta 736) kerana tidak mendapat kebenaran pemilik tanah iaitu Perbadanan Putrajaya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan