DUNIA

PELBAGAI NEGARA MINTA RAKYATNYA TINGGALKAN LUBNAN EKORAN KEBIMBANGAN PERANG

30/06/2024 02:16 PM

ISTANBUL, 30 Jun (Bernama-Anadolu) – Pelbagai negara menyeru rakyat mereka meninggalkan Lubnan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai perang antara Israel dan kumpulan Hizbullah, lapor Agensi Anadolu.

Kedutaan Arab Saudi di Beirut pada Sabtu menggesa rakyatnya yang kini berada di Lubnan " meninggalkan wilayah itu dengan segera" dan menekankan keperluan untuk terus berhubung dengan kedutaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Menteri Luar Australia Penny Wong menggesa warganya di Lubnan supaya segera beredar sementara penerbangan komersial masih tersedia.

Kementerian Luar Belanda turut mengeluarkan nasihat perjalanan yang sama di platform X.

Jerman, Kanada, Amerika Syarikat, Ireland, Jordan dan United Kingdom juga meminta rakyatnya meninggalkan Lubnan secepat mungkin.

Amaran itu dibuat selepas Kuwait menggesa rakyatnya pada 22 Jun untuk mengelak perjalanan ke Lubnan dan mereka yang berada di dalam negara itu meninggalkan negara itu secepat mungkin "memandangkan situasi keselamatan yang berlaku di rantau itu."

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan