JENAYAH & MAHKAMAH

PEMANDU LAMBORGHINI MAUT, KERETA TERBABAS DAN TERBAKAR

30/06/2024 03:51 PM

KUANTAN, 30 Jun (Bernama) -- Pemandu kereta jenama Lamborghini maut, manakala seorang penumpang cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terbakar di KM 57.1 Jalan Bentong-Karak arah Timur hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman api dilakukan sebelum mengeluarkan pemandu lelaki yang tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Menurut beliau, pemandu itu telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

"Penumpang wanita kereta itu pula telah dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam," kata beliau ketika dihubungi. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan