DUNIA

MAJLIS KESELAMATAN PBB AKAN BINCANG PEMBINAAN SEMULA GAZA DALAM SESI KHAS

01/07/2024 04:55 PM

NEW YORK, 1 Julai (Bernama-WAFA) -- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadual mengadakan sesi khas esok, Selasa, bagi membincangkan situasi kemanusiaan yang berterusan di Gaza, terutamanya memberi tumpuan kepada usaha pembinaan semula di wilayah itu.

Ahli Majlis Keselamatan akan menerima taklimat daripada Sigrid Kaag, Penyelaras PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Pembinaan Semula di Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Taklimat itu adalah selaras dengan Resolusi 2720, yang diterima pakai pada 22 Disember 2023.

Baru-baru ini, Kaag mengadakan perbincangan di Washington dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken mengenai situasi di Gaza.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan