POLITIK

PRK SG BAKAP: 102 PERMIT DILULUSKAN KEPADA DUA PARTI BERTANDING

01/07/2024 06:54 PM

NIBONG TEBAL, 1 Julai (Bernama) -- Sebanyak 102 permit bagi tujuan kempen bergerak, ceramah dan tinjauan mesra diluluskan kepada dua parti bertanding, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), sejak tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bermula 22 Jun lepas hingga hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata sebanyak 21 permit diluluskan untuk kempen PRK berkenaan yang memasuki hari kesepuluh hari ini dan tiada permohonan permit daripada kedua-dua parti yang ditolak setakat ini.

"Suka saya terus menasihatkan semua orang agar tidak menimbulkan sebarang provokasi kepada mana-mana pihak semasa berkempen, termasuk khianat atau merosakkan bahan kempen pilihan raya sehingga tamat berkempen yang berbaki lima hari lagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Dr Joohari Ariffin dan calon PN Abidin Ismail yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding 22 Jun lepas hingga 11.59 malam, 5 Julai.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan