EKONOMI

PEOPLE'S CHOICE AWARDS KEMBALI SEMPENA ANUGERAH PROPERTYGURU ASIA MALAYSIA KE-11

02/07/2024 02:44 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- People’s Choice Awards akan kembali dipertandingkan sempena  Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia ke-11 dengan kerjasama iProperty 2024.

Syarikat teknologi hartanah itu berkata anugerah istimewa tersebut merupakan penghormatan yang diberikan kepada syarikat pembangunan terkemuka Malaysia berdasarkan kualiti projek, reputasi jenama dan kepuasan pengguna mereka.

Kategori ini diundi sepenuhnya oleh pengguna dan diaudit oleh penyelia pihak ketiga.

Pengurus negara PropertyGuru Group Malaysia Kenneth Soh berkata dengan mengambil bahagian dalam proses pengundian itu, pengguna dapat mengiktiraf pilihan mereka dan ini boleh mendorong pemaju Malaysia untuk mengutamakan kepentingan terbaik pengguna.

“Kami teruja untuk mempersembahkan edisi terkini People’s Choice Awards, satu inisiatif yang memperkasakan anda, pengguna kami yang dihormati, untuk mengenal pasti dan mengiktiraf pemaju yang telah menonjolkan diri mereka dalam sektor hartanah.

"Maklum balas daripada pencari hartanah adalah penting, dan anugerah ini memberi penghormatan kepada mereka yang berjaya membina ruang untuk kebaikan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Pengundian tahun ini bermula dari 1 Julai hingga 14 Julai 2024, menawarkan peluang kepada pencari hartanah yang berpangkalan di Malaysia untuk mengundi pemaju kegemaran dan mereka percayai.

Undian untuk People’s Choice Awards kini dibuka melalui: peopleschoiceawards.asia/malaysia/vote/

Syarikat itu berkata bagi mengekalkan integriti proses pengundian, keputusan disahkan secara bebas oleh rakan kongsi undi rasmi, HLB Ler Lum Chew, ahli HLB International pemenang Rangkaian Terbaik Tahun 2024.

Majlis makan malam dan penyampaian akan diadakan pada 25 Okt 2024 di The St Regis Kuala Lumpur.

PropertyGuru Asia Awards Malaysia 2024 dengan kerjasama iProperty adalah sebahagian daripada siri PropertyGuru Asia Property Awards serantau ke-19.

Ia merangkumi pasaran utama di seluruh rantau, merangkumi Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Selatan dan Oceania, dengan makan malam eksklusif dan majlis anugerah yang mewakili acara hartanah paling dinanti-nantikan pada tahun ini.

Pemenang-pemenang utama di Malaysia dalam kategori kompetitif akan berpeluang untuk bersaing di luar negara bagi merebut gelaran "Terbaik di Asia" di PropertyGuru Asia Property Awards Grand Final ke-19, pada 13 Dis 2024, di Bangkok.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan