EKONOMI

AEON CADANG TERBIT PROGRAM SUKUK WAKALAH RM2 BILION

02/07/2024 11:00 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Aeon Co (M) Bhd (Aeon) bercadang menerbitkan program sukuk wakalah dengan had agregat gabungan RM2 bilion dalam nilai nominal untuk membiayai keperluan pematuhan syariahnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata program tersebut terdiri daripada program kertas komersial Islam (ICP) dan program nota jangka sederhana Islam (IMTN). 

Aeon berkata, tempoh program ICP adalah selama tujuh tahun manakala IMTN mempunyai tempoh jangka masa berterusan.

Terbitan pertama ICP dan IMTN di bawah program sukuk wakalah masing-masing akan dibuat dalam tempoh 90 hari perniagaan dari tarikh akhir serahan atau tempoh lain yang mungkin dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Syarikat itu berkata ICP dan IMTN masing-masing diberi penarafan kredit P1 dan AA2  oleh RAM Rating Services Bhd.

Di bawah program sukuk wakalah, Aeon mempunyai keanjalan untuk menerbitkan sukuk wakalah sukuk mampan dan/atau sukuk wakalah berkaitan kemampanan.

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan