DUNIA

RINGGIT DITUTUP TINGGI SEDIKIT BERBANDING DOLAR AS

03/07/2024 07:29 PM

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Rabu apabila Indeks Dolar AS susut kepada 105.641 mata susulan kenyataan daripada pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) Jerome Powell bahawa negara itu telah kembali ke landasan trajektori disinflasi (penurunan kadar inflasi). 

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7180/7210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7200/7225 pada Selasa.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Afzanizam Rashid berkata pasaran masih mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data pekerjaan AS dan indeks sektor bukan pembuatan ISM lewat malam ini yang akan memberikan gambaran lebih jelas mengenai pendirian dasar faedah AS.

“Justeru, pasaran mata wang akan kekal berhati-hati dengan dolar AS dijangka terus mendapat sokongan,” katanya. 

Sementara itu, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain. 

Unit tempatan terus meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9149/9169  daripada paras penutup 2.9195/9213 pada Selasa namun turun berbanding pound Britain kepada 5.9895/9933 daripada 5.9628/9659 dan susut berbanding euro kepada 5.0737/0770 daripada 5.0556/0583.

Ringgit juga ditutup rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan turun sedikit berbanding dolar AS kepada 3.4778/4803 daripada paras penutup 3.4737/4757 pada Selasa dan susut kepada 12.8346/8466 daripada 12.8021/8141 berbanding baht Thai sebelumnya. 

Ringgit juga turun berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.04 daripada paras penutup 8.02/8.03 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 288.1/288.5 daripada 287.8/288.1.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan