JENAYAH & MAHKAMAH

EDAR 100 KG DADAH, PENGANGGUR BERDEPAN HUKUMAN MATI

04/07/2024 12:27 PM

ALOR SETAR, 4 Julai (Bernama) -- Seorang penganggur berdepan hukum mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 100.2 kilogram (kg) bulan lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Dzulkifli Che Othman, 47, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah inap desa di Taman Aman di sini pada 4.30 petang, 25 Jun lepas di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika hukuman mati tidak dikenakan boleh dihukum minimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farhanah Fuad Mohamad Faiz manakala Dzulkifli tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 1 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan