AM

PANG SOCK TAO ANGKAT SUMPAH ADUN KUALA KUBU BAHARU

04/07/2024 12:42 PM

SHAH ALAM, 4 Julai (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Pang Sock Tao mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-15 di Wisma Negeri di sini hari ini. 

Pang, 31, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Selangor Lau Weng San.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu Mei lepas, Pang memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK berkenaan diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu selepas kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan