DUNIA

KADAR JANGKA PENDEK ANTARA BANK DITUTUP STABIL SUSULAN OPERASI BNM

04/07/2024 04:45 PM

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM38.48 bilion berbanding RM41.17 bilion pagi ini, manakala kecairan dalam dana Islam mengecil kepada RM22.96 bilion daripada RM23.15 bilion.

Terdahulu, bank pusat itu menjalankan satu tender repo berbalik.

BNM turut melaksanakan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan komoditi bercagar murabahah untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu menjalankan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM38.40 bilion dan tender pasaran wang murabahah berjumlah RM22.90 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.0 peratus pada 3 Julai.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan