DUNIA

Niaga Hadapan Fbm Klci Diniagakan Mendatar Minggu Depan

06/07/2024 10:30 AM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan, menjejaki trend yang sama di pasaran tunai.

Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong berpendapat FBM KLCI membentuk pola lilin menurun berikutan indeks utama ditutup rendah hari ini.

“Buat masa ini, kami menjangka FBM KLCI diniagakan mendatar tanpa pemangkin baharu dengan 1,600 mata menjadi tumpuan. Paras halangan segera berada pada 1,630.

“Dari segi penurunan, paras sokongan kekal pada paras 1,580,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu baru berakhir, bulan semasa Julai 2024 naik 22.5 mata kepada 1,619.0, Ogos 2024 berada pada 1,621.0. September 2024 meningkat 20.5 mata kepada 1,604.0 dan Disember 2024 menambah 22.5 mata kepada 1,611.5. 

Pada minggu ini, jumlah dagangan merosot kepada 42,247 lot daripada 181,605 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka susut kepada 49,859 kontrak daripada 57,416 kontrak sebelum ini.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI meningkat 20.93 mata kepada 1,611.02 daripada 1,590.09 minggu lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan