POLITIK

Sayap Belia Pbb Dimuktamadkan Pada Konvensyen Tahun Depan - Abang Johari

06/07/2024 03:45 PM

KUCHING, 6 Julai (Bernama) -- Penubuhan Sayap Belia 1828 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan dimuktamadkan pada konvensyen parti itu awal tahun depan.

Presiden PBB Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sayap baharu itu bakal dianggotai oleh individu yang berumur 18 hingga 28 tahun.

“PBB akan mengadakan konvensyen pada suku pertama tahun depan.

“Kita juga telah menubuhkan satu jawatankuasa dipengerusikan Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk menyelaraskan konvensyen tersebut,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di sini, hari ini.

Pada Jun 2022, PBB telah meluluskan beberapa pindaan terhadap Perlembagaan parti itu yang antara lain bagi membolehkan penubuhan sayap belia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan