DUNIA

Debat Buruk "salah Saya Sendiri": Biden

06/07/2024 07:24 PM

WASHINGTON, 6 Julai (Bernama-dpa) -- Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah mengambil tanggungjawab penuh atas prestasi debatnya yang buruk menentang pencabarnya dari Parti Republikan, Donald Trump minggu lepas, dengan mengatakan bahawa persembahan buruknya adalah "salah saya sendiri", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam wawancara televisyen pertamanya sejak debat itu, Biden memberitahu ABC News bahawa beliau mengalami "malam yang buruk" pada malam itu, tetapi tiada "petunjuk tentang sebarang keadaan serius".

Tekanan ke atas Biden untuk berundur sebagai calon presiden Demokrat 2024 semakin meningkat daripada kalangan partinya sendiri sejak beliau berbahas dengan Trump dalam debat selama 90 minit yang disiarkan pada 27 Jun.

Semasa perdebatan itu, Biden yang suaranya kedengaran serak, tergagap-gagap dalam menyusun ayat, kelihatan kehilangan tumpuan dan sering bergelut untuk menyampaikan hujahnya.

Ditanya oleh George Stephanopoulos dari ABC News sama ada beliau telah menonton debat itu, Biden berkata: "Saya tidak fikir saya lakukannya, tidak."

Ditekan mengenai prestasi buruknya beberapa kali, Biden berkata "Saya berasa amat teruk" dan beliau mengalami "selesema yang sangat teruk" pada hari itu.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan