SUKAN

Justin Akur Naib Juara Terbuka Northern Marianas

07/07/2024 04:50 PM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Hasrat pemain perseorangan muda negara Justin Hoh untuk merangkul gelaran kedua musim ini tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati dengan status naib juara pada Kejohanan badminton Terbuka Northern Marianas hari ini.

Selepas merangkul kejuaraan Terbuka Slovenia Mei lalu, impian pemain ke-115 dunia itu disekat pemain Taiwan Cheng Kai 12-21, 20-22 dalam tempoh 37 minit pada final di Gimnasium C. Ada, Saipan,  di kepulauan Mariana Utara.

Justin, pilihan kelima kejohanan bernilai AS$15,000 (RM70,621)  itu, mara ke final selepas menyingkirkan wakil Taiwan, Cheng Han Tsai manakala Cheng Kai mengetepikan pemain Singapura Joel Koh Jia Wei di peringkat separuh akhir.

Pada April tahun lepas, Justin, 20, terpaksa menarik diri daripada Sukan SEA Kemboja selepas menjalani pembedahan kecederaan achilles tendon dan pemulihan selama lapan bulan disusuli proses pemulihan selama empat bulan akibat kecederaan lutut kanan pada November lalu.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan