SEPANG, 14 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam laut ketika memancing di Pantai Bagan Lalang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira 5 petang ketika mangsa yang berusia 27 tahun sedang memancing bersama anak saudara lelakinya.
“Polis kemudian menerima makluman kejadian itu pada 5.16 petang dan anggota bomba serta Jabatan Pertahanan Awam melaksanakan operasi menyelamat di kawasan itu.
“Mangsa ditemukan terapung berhampiran muara Bagan Lalang oleh nelayan yang melalui kawasan itu kira-kira 6 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 6.20 petang dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial