AM

BERNAMA TAWAR BERITA LEBIH RINGAN DI HALAMAN GAYA HIDUP MULAI ESOK

16/07/2024 06:36 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bakal memperkenalkan halaman baharu dikenali sebagai 'Gaya Hidup' dengan kandungan berita lebih ringan mulai esok di www.bernama.com.

Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj berkata halaman khas itu akan menyajikan berita untuk memenuhi keperluan pembaca dengan pelbagai minat melalui empat segmen utama iaitu inspirasi, hiburan, trend dan santai.

Segmen inspirasi akan mengetengahkan kisah-kisah inspirasi dan kejayaan individu yang boleh dijadikan teladan serta memberi impak dalam kehidupan kepada masyarakat.

"Halaman Gaya Hidup juga akan memaparkan perkembangan terkini industri hiburan termasuk mengenai kisah-kisah selebriti, ulasan konsert, program-program popular serta pelbagai berita menarik di sebalik tabir dunia hiburan tempatan melalui segmen hiburan.

"Dalam segmen santai pula, pembaca akan disajikan dengan idea-idea berkaitan lokasi dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga serta kenalan,” katanya.

Segmen trend akan memaparkan pelbagai tips dunia fesyen, makanan, gaya hidup lokal selain mempromosi budaya dan seni tempatan serta memupuk kesedaran mengenai gaya hidup yang seimbang.

Antara berita menarik yang telah dihasilkan ialah 'Kemenangan Umai Tamatkan Penantian 10 Tahun Negara', 'Lebih Tiga Dekad Faridah Tabur Bakti Ajar Bahasa Melayu Di Jepun’, 'Vokal Mantap Aina Abdul Pukau DFP', 'Kafe Marookha Sediakan Ruang Bersantai Khusus Untuk Wanita' dan 'Usaha Kembalikan Kegemilangan Tenunan Ikat Limar'.

Sebarang cadangan, pertanyaan atau idea boleh dikemukakan melalui emel Gaya Hidup Bernama di bernamalifestyle@gmail.com.

-- BERNAMA  

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan