DUNIA

BINTANG PERANCIS KYLIAN MBAPPE TANDATANGAN KONTRAK DENGAN REAL MADRID

16/07/2024 09:14 PM

ANKARA, 16 Julai (Bernama-Anadolu) -- Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.

"#WelcomeMbappé," tulis kelab itu di X, sambil menambah bahawa pemeriksaan kesihatan pemain berusia 25 tahun itu juga telah selesai.

Agensi Anadolu melaporkan bahawa selepas menandatangani perjanjian itu, Mbappe dihadiahkan replika stadium, jam tangan dan jersi dengan namanya dan nombor 9 tertera di atasnya oleh presiden kelab, Florentino Perez.

Mbappe yang dilahirkan di Paris meninggalkan Paris Saint-Germain selepas tujuh tahun bersama kelab itu. 

Pemain itu telah memenangi enam gelaran Ligue 1 Perancis dalam tujuh musim bersama PSG dan merupakan juara Perancis bersama Monaco pada 2017. Dia juga membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018 di Rusia.

Dianggap sebagai seorang daripada pemain terbaik dunia, Mbappe menjaringkan 256 gol dalam 308 perlawanan untuk PSG menjadikannya penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu.

-- BERNAMA-ANADOLU


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan