AM

KEPUTUSAN UJIAN COVID-19 TIDAK PERLU LAGI DIMUAT NAIK KE MYSEJAHTERA - KKM

16/07/2024 10:00 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Keputusan ujian COVID-19 kini tidak perlu dimuat naik ke aplikasi MySejahtera sebaliknya hanya akan dilaporkan pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi, maklum Kementerian Kesihatan (KKM). 

eNotifikasi adalah sistem yang diguna pakai KKM dan kesemua fasiliti kesihatan untuk memantau dan memaklumkan kes penyakit berjangkit di dalam negara. 

KKM dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan perkara itu berkuat kuasa semalam (15 Julai).

Menurut KKM, ujian pengesahan bagi COVID-19 juga hanya akan dilakukan melalui kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) profesional yang diselia atau dilakukan petugas kesihatan serta ujian tindak balas rantai polimerase (PCR). 

"Ujian dilakukan bagi tujuan rawatan dan bukan untuk saringan," menurut KKM. 

Garis Panduan Pengurusan COVID-19 terkini boleh diakses di laman sesawang https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 berikutan negara telah beralih ke fasa hidup bersama pandemik itu.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan