JENAYAH & MAHKAMAH

KASTAM RAMPAS ROKOK PELBAGAI JENAMA BERNILAI LEBIH RM8 JUTA DI SANDAKAN

17/07/2024 03:20 PM

KOTA KINABALU, 17 Julai (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas rokok pelbagai jenama disyaki tidak berkastam bernilai lebih RM8 juta termasuk duti dan cukai di sebuah stor di Sandakan, Rabu lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata serbuan pada 4.55 petang itu dilakukan pasukan Bahagian Penguatkuasaan Kastam Kota Kinabalu selepas bertindak atas maklumat risikan.

“Pemeriksaan dalam stor menemukan 5.26 juta batang rokok pelbagai jenama bernilai RM526,228 manakala duti serta cukai terlibat dianggar bernilai RM7.52 juta. 

“Tiga lelaki tempatan berusia 33 hingga 47 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Menara Kastam di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan