EKONOMI

KERJASAMA DENGAN ERICSSON MAMPU ANGKAT MALAYSIA JADI NEGARA TEKNOLOGI 5G TERULUNG - PM ANWAR

17/07/2024 09:04 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pelaburan dan kerjasama berterusan dengan syarikat telekomunikasi Ericsson akan mampu meletakkan Malaysia sebagai negara teknologi 5G terkemuka di persada dunia.

Beliau menzahirkan hasrat itu sewaktu pertemuan dengan delegasi Ericsson yang diketuai presiden merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan Börje Ekholm, hari ini. 

Anwar menerusi hantaran di platform X rasmi beliau berkata pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang telah melebihi 80 peratus daripada kawasan berpenduduk yang diliputi dengan mencatatkan prestasi dan pengalaman pengguna antara yang terbaik di dunia. 

"Susulan kejayaan pelaksanaan 5G di Malaysia, saya mengalu-alukan pelaburan, kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran dalam meningkatkan keupayaan peluasan rangkaian 5G yang boleh dimanfaatkan oleh semua sektor. 

"Saya berharap agar kerjasama erat ini dapat memacu penggunaan 5G secara meluas hatta (seterusnya) mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia," kata beliau.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan