AM

PRODUK KECANTIKAN KOREA GUNA BAHAN TEMPATAN UNTUK PENGGUNA MALAYSIA

17/07/2024 09:33 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Mempercayai kecantikan bukan sekadar rupa menyebabkan bekas jurutera kimia Sarini Zainal sanggup meninggalkan bidang kejuruteraan dan menceburkan diri dalam perniagaan produk kecantikan Korea melalui syarikat miliknya The Pastels Shop.

Ditubuhkan sejak lima tahun lepas, The Pastel Shop menawarkan pelbagai pilihan produk penjagaan kulit termasuk pembersih, toner, serum, pelembap dan juga masker muka yang difomulasikan khusus untuk pengguna Malaysia.

 Menurut Sarini,  jenamanya itu meraikan warisan Malaysia dengan menggunakan banyak bahan tempatan seperti ekstrak gamat, sengkuang, serai dan tokotrienol iaitu sejenis vitamin E terhasil daripada minyak sawit selain turut menggabungkan pengetahuan dan tradisi tempatan.

“Untuk membezakan jenama kami daripada yang lain, kami memilih identiti tempatan selain menawarkan kosmetik mesra wuduk dan juga produk penjagaan kulit yang direka khusus untuk iklim panas dan lembap negara ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sebuah platform e-dagang di Asia Tenggara, Lazada. 

Untuk mengatasi masalah ini, Sarini yang memiliki ijazah dalam kejuruteraan kimia dan biologi dari Universiti Korea menekankan kualiti tinggi dan piawaian keselamatan The Pastels Shop, selain menyerlahkan komitmen jenamanya yang menekankan kecantikan berteraskan sains merangkumi penyelidikan serta pembangunan yang dijalankan oleh ahli kimia profesional.

Selain daripada mencipta produk dirumus dengan cekap untuk memberikan hasil ketara tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya, Sarini juga komited berkongsi ilmu di sebalik produknya kerana beliau percaya pengetahuan menjadi komponen utama mencapai hasil kecantikan yang berkesan dan berkekalan.

“Kami berusaha mendidik pelanggan tentang pengetahuan kimia di sebalik produk penjagaan kulit supaya mereka dapat membuat keputusan. Dengan penerangan produk secara terperinci, pecahan ramuan dan perkhidmatan pelanggan yang mudah diakses, kami bertekad untuk memperkasakan pelanggan kami untuk memilih produk yang paling sesuai untuk kulit mereka,” katanya.

Sarini memaklumkan beliau mendapat sokongan Lazada untuk membantunya berkembang sebagai seorang usahawan serta berpeluang mengembara ke kampus Alibaba di Hangzhou bagi  mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan e-dagang.

Pada 2023, Sarini menyertai program Selangor E-Commerce Xccelerator 2023 (ECX23) anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) dengan kerjasama Lazada yang menampilkan kajian kes dan tip praktikal untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mencapai kejayaan.

“Ia diakhiri dengan pembentangan model perniagaan dan mereka yang mengambil bahagian berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan peluang melawat Hangzhou, China iaitu tempat kelahiran e-dagang. Perjalanan ke Hangzhou sangat bermanfaat dan mengubah perspektif tentang dunia perniagaan,” katanya.

Daftar di sini sekarang untuk menjadi penjual Lazada.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan