AM

PM SERAH SUMBANGAN KEPADA BEKAS PENGAWAL PENGIRING

20/07/2024 01:00 PM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hanafi Hadi yang pernah menjadi pengawal pengiringnya dan kini terlantar sakit.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, Anwar berkata sumbangan bagi meringankan beban kos perubatan dan pembelian kerusi roda khas itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi.

"Saudara Hanafi kini terlantar akibat penyakit yang menyerang fungsi pergerakan badan, tangan dan kaki sekali gus menyukarkan pergerakan beliau," katanya.

Perdana Menteri turut mendoakan agar Hanafi diberi kesembuhan sesegera mungkin.

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan