EKONOMI

GANGGUAN IT GLOBAL TIDAK JEJAS PERKHIDMATAN CELCOMDIGI

20/07/2024 03:56 PM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku pada Jumaat tidak menjejaskan operasi serta perkhidmatannya kepada pelanggan, kata CelcomDigi Bhd.

Pengendali rangkaian mudah alih itu dalam satu kenyataan hari ini berkata perkhidmatannya tidak terjejas sepanjang gangguan tersebut dan pelanggannya dapat menggunakan perkhidmatan data dan suara mereka seperti biasa.

“Hanya sedikit gangguan yang dialami dalam perkhidmatan sokongan, seperti keupayaan tambah nilai, yang diselesaikan dengan segera oleh pasukan pemulihan perkhidmatan kami yang menawarkan alternatif kepada pelanggan untuk terus menambah nilai semasa tempoh tersebut.

“Kami akan terus memantau rangkaian dan perkhidmatan sokongan untuk memastikan pelanggan terus menikmati perkhidmatan CelcomDigi dengan lancar,” katanya.

Pelanggan yang berdepan dengan sebarang masalah berhubung perkara itu diminta menghubungi talian sokongan CelcomDigi untuk mendapatkan bantuan (Celcom: 019-601 1111, Digi: 016-2211 800).

Bagi memastikan pelanggan mendapat maklumat yang lebih jelas, syarikat itu menyiarkan pengumuman berkaitan perkhidmatannya di halaman hadapan laman webnya dan di media sosial, dengan maklumat lebih lanjut tentang sokongan yang diberikan semasa gangguan itu di halaman Notisnya.

Bagi mendapat maklumat lebih lanjut pelanggan boleh melayari www.celcomdigi.com.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan