AM

JBPM TERIMA 38 ADUAN BERHUBUNG KES PENIPUAN GUNA NAMA JABATAN

20/07/2024 04:02 PM

PUTRAJAYA, 20 Julai (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima 38 aduan daripada orang awam mengenai kes penipuan ‘scammer’ yang menggunakan nama jabatan itu sejak awal tahun hingga kini. 

Dalam kenyataan hari ini, JBPM memaklumkan ia melibatkan negeri Sabah (13 kes), Johor (tujuh kes), Terengganu (lima kes), Labuan, Pahang dan Selangor masing-masing tiga kes manakala Melaka, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis adalah satu kes.

“Antaranya ialah kes penawaran pemberian tender pembekalan seperti makanan bermasak, bahan mentah, tayar dan minyak enjin kenderaan serta jentera, juga pengeluaran surat pesanan makanan palsu, dengan menggunakan nama Ketua Balai Bomba atau Pengarah Bomba Negeri,” menurut kenyataan itu.

JBPM berkata pihaknya memandang serius kes penipuan tersebut dan semua mangsa yang terlibat telahpun dinasihatkan untuk membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang telah dihubungi oleh individu tertentu dengan membuat pelbagai tawaran menggunakan nama JBPM boleh merujuk kepada mana-mana Ibu Pejabat Bomba Negeri atau balai-balai bomba terlibat untuk mendapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan