AM

PARIS 2024: TAHAP KESEDARAN DOPING TINGGI DALAM KALANGAN ATLET KE PARIS - ADAM ADLI

21/07/2024 09:04 PM

IPOH, 21 Julai (Bernama) -- Atlet kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 memiliki tahap kesedaran tinggi dan sentiasa peka dalam pengambilan makanan tambahan agar tidak berpalit dengan isu doping pada temasya sukan itu bermula 26 Julai ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.

"Selain itu, agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sentiasa berusaha untuk memastikan kesemua atlet kita yang akan ke Paris bebas daripada 'pencemaran' kes doping, “katanya pada sidang media selepas program Jumpa Orang Muda (JOM) di  Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Meru di sini hari ini.

Menurutnya MSN dan ISN akan sentiasa memantau pengambilan makanan tambahan atau makanan terutama dari luar oleh atlet negara sepanjang keberadaan mereka di Paris.

"Setakat ini kita tak ada masalah berdepan dengan isu doping dan memang kita laksanakan banyak langkah-langkah yang diperlukan sebelum mereka berlepas ke Paris," katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan