POLITIK

PRK NENGGIRI: AMANAH ATUR GERAK KERJA BERSAMA KOMPONEN PH

21/07/2024 09:20 PM

GUA MUSANG, 21 Julai (Bernama) -- Parti Amanah Negara (Amanah) giat mengatur gerak kerja bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi membantu Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya akan terlibat membantu calon dan jentera BN.

"Kita perlu bekerja keras sebagai satu pasukan dalam menentukan PRK DUN Nenggiri pada Ogos ini. Hari ini kita baru melancarkan jentera dan usaha ini akan dipertingkat dari hari ke hari sehingga memenangkan calon," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera PH DUN Nenggiri di sini hari ini.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan