AM

HELIKOPTER TERBANG RENDAH KERANA LATIHAN, ORANG RAMAI DIMINTA TIDAK PANIK - BOMBA

22/07/2024 08:14 PM

KOTA KINABALU, 22 Julai (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menasihatkan orang ramai supaya tidak panik apabila melihat helikopter jabatan itu terbang rendah atau berlegar-legar di daerah Putatan dan kawasan sekitarnya.

JBPM Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan ini kerana jabatan itu sedang melaksana siri latihan selama tiga hari melibatkan helikopter bermula esok hingga Khamis ini (25 Julai).

“Siri latihan diadakan bersempena Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Putatan dijadual pada Khamis ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

Orang ramai boleh menghubungi JBPM Negeri Sabah di talian 088-422873 atau 088-422871 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan