AM

TIADA PERBINCANGAN KERJASAMA UMNO-PAS UNTUK PRU16 - FAHMI

24/07/2024 06:24 PM

PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) -- Pimpinan utama dalam Barisan Nasional telah menegaskan bahawa tiada perbincangan yang berlaku antara UMNO dan PAS untuk menjalin kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata Bersatu akan menjadi parti yang paling gerun serta risau jika perbincangan antara UMNO dan PAS untuk menjalin kerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) benar-benar wujud.

“Apatah lagi kita tahu ramai di Nenggiri yang mengharapkan supaya PAS bertanding. Jadi saya rasa apa pun, paling risau adalah Bersatu.

"Mereka tahu dan mereka faham mereka adalah liabiliti kepada PN, kepada PAS,” katanya pada sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata ada pertemuan bersama pemimpin utama UMNO untuk membincangkan kerjasama bagi menghadapi PRU16.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan