AM

POLIS MOHON BANTUAN KESAN REMAJA PEREMPUAN HILANG

24/07/2024 08:48 PM

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 17 tahun dikenali Nurul Aishah Farhana Azni yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata laporan mengenai kehilangan Nurul Aishah Farhana dibuat oleh bapa mangsa pada 12.42 tengah hari tadi di Balai Polis Batang Kali. 

“Nurul Aishah Farhana dipercayai dilihat kali terakhir di Kedai Makan Sakon Thai, Jalan Mahagoni 7/1A Bandar Utama Batang Kali, Selangor pada 9.30 malam semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Mohd Asri berkata Nurul Aishah Farhana berkulit cerah dengan ketinggian antara 150 hingga 155 sentimeter serta anggaran berat 50 hingga 55 kilogram.

Remaja itu kali terakhir dilihat berpakaian kemeja-T berwarna biru gelap, berlengan panjang, berseluar hitam dan memakai sandal berwarna coklat cerah serta bertudung hitam.

“Polis menyeru orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai remaja ini supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat jenayah Insp Muhammad Saiful Abdul Rahman di talian 03-60641222 dan talian Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di 03-60641223,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan