AM

Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman

27/07/2024 11:14 AM

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.

Menerusi catatan Facebook beliau hari ini, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mendoakan semoga keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan dan tabah dalam menghadapi ujian.

“Allahyarhamah merupakan seorang wanita yang hebat, kental dalam menghadapi segala cabaran dan saya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada 1996 menyaksikan aura seorang pemimpin yang menerajui perjuangan institusi Wanita UMNO Malaysia ketika itu dengan jayanya.

“Allah sayang kau, kak. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Siti Zaharah yang juga bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat disahkan meninggal dunia oleh anak sulungnya Timoer Dzakry Samarudin di Hospital Serdang pada 11.23 malam tadi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan