AM

Jendela 1: 66 Menara Komunikasi Siap Dibina Di Terengganu

29/07/2024 02:23 PM

PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) -- Sebanyak 66 menara komunikasi di Terengganu yang diperuntukkan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 1 telah siap dibina.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan dengan pembinaan itu, ia melonjakkan kadar liputan 4G di kawasan berpenduduk kepada 97.54 peratus berbanding 93.68 peratus sebelum ini, sekali gus membolehkan penduduk menikmati kualiti perkhidmatan Internet lebih baik.

Menurut MCMC, sebanyak 39 menara telah diaktifkan menggunakan teknologi Rangkaian Teras Operator Berbilang (MOCN) iaitu pengguna boleh menikmati perkhidmatan disediakan oleh CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

"Penyediaan perkhidmatan Internet yang kondusif menjadi keutamaan MCMC dan kerajaan, bagi memudahkan urusan harian rakyat serta meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk," menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan, daripada 66 menara komunikasi itu, sebanyak 19 menara terletak di daerah Hulu Terengganu, masing-masing 12 menara di Marang dan Setiu, Dungun (sembilan), Besut (lapan) dan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus serta Kemaman masing-masing dua menara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan