DUNIA

Gaza Telah Jadi 'kem Penghapusan Terbesar Dunia' - Presiden Turkiye

31/07/2024 08:06 AM

 

ISTANBUL, 31 Julai (Bernama-Anadolu) -- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Selasa berkata  Semenanjung Gaza telah menjadi "kem penghapusan terbesar dunia," sambil menambah bahawa Israel telah melakukan kekejaman yang akan "mengatasi Hitler."

“Pemimpin dan organisasi Barat yang tugasnya memastikan keselamatan antarabangsa hanya menyaksikan kekejaman ini dari jauh selama hampir 300 hari," kata Erdogan dalam satu ucapan di ibu negara Ankara.

“Berapa ramai lagi kanak-kanak perlu mati untuk melihat bahawa dasar pencerobohan Israel membahayakan seluruh rantau ini? Lihat, ini bukan jalan yang boleh diteruskan,” katanya lagi.

Presiden Turkiye itu juga menyeru supaya “kekejaman dan barbarisme Israel dihentikan dengan segera, sebelum terlambat.”

Beliau berkata Israel adalah satu-satunya negara di rantau ini yang mendapat keselamatannya melalui “pencerobohan, pembunuhan beramai-ramai dan perampasan tanah,” bertindak seperti “organisasi pengganas.”

“Israel yang tidak mematuhi undang-undang  ini adalah ancaman bukan sahaja kepada Palestin dan Lubnan tetapi kepada seluruh umat manusia, kepada seluruh dunia pada ketika ini,” kata Erdogan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan