SUKAN

Paris 2024: Zii Jia Lengkapkan Sesi Pemanas Badan, Layak Ke Pusingan Kalah Mati

31/07/2024 10:06 PM

PARIS, 31 Julai (Bernama) -- Pemain profesional badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia seperti diramalkan, dengan mudah melepasi peringkat kumpulan Olimpik Paris 2024 untuk layak ke pusingan kalah mati, di Porte de La Chapelle Arena, hari ini.

Juara All England 2021 itu menewaskan pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian, 21-10, 21-13 dalam masa 34-minit, dalam perlawanan Kumpulan G untuk layak ke pusingan 16 terakhir.

Sepanjang permainan Zii Jia tidak berhadapan banyak masalah daripada pemain berusia 39 tahun dari Sepanyol itu, yang menyertai Sukan Olimpik buat kali kelima sejak edisi Beijing 2008.

Zii Jia pemain berkedudukan ketujuh dunia, memulakan kempen Olimpiknya dengan kemenangan ke atas pemain ke-70 dunia Viren Nettasinghe dari Sri Lanka pada Ahad.

Bagaimanapun cabaran Zii Jia bermula pada pusingan 16, apabila dijangka akan berhadapan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia, jika tidak berlaku kejutan pada perlawanan Kumpulan H, selepas ini.

Pada penampilan pertama Zii Jia di Olimpik Tokyo 2020, beliau tewas kepada pemain China Chen Long pada pusingan 16.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan