AM

Wan Rosdy Mulakan Tugas Di Pusat Pentadbiran Baharu Pahang

05/08/2024 04:09 PM

KUANTAN, 5 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini memulakan tugas secara rasmi di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), KotaSAS di sini.

Beliau berkata PPSAS ialah pusat pentadbiran baharu kerajaan negeri bagi menggantikan Wisma Sri Pahang yang telah beroperasi lebih 50 tahun.

“Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat dan keberkatan agar negeri Pahang terus aman, makmur dan sejahtera,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. 

PPSAS yang dilaporkan bernilai RM415.52 juta menggantikan Wisma Sri Pahang yang digunakan sejak 1976 dan ia cetusan idea Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda sebelum ini bertitah bangunan pentadbiran baharu perlu ditempatkan di KotaSAS kerana memikirkan sudah tiba masanya bandar Kuantan diperbesarkan dan diperluaskan menjadi lokasi penduduk baharu sekali gus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuantan.

Al-Sultan Abdullah yang ketika itu Yang di-Pertuan Agong berkenan menyempurnakan perasmian PPSAS yang dibangunkan dengan reka bentuk diilhamkan daripada jata negeri Pahang pada 7 Dis tahun lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan