DUNIA

Nikkei Ditutup Dengan Penurunan Mata Terbesar Dalam Sejarah, Jatuh 12 Peratus

05/08/2024 04:47 PM

TOKYO, 5 Ogos (Bernama-Kyodo) -- Indeks saham Nikkei ditutup dengan penurunan mata terbesar dalam sejarah pada Isnin, menjunam lebih 4,400 mata dan jatuh lebih 12 peratus berikutan kebimbangan terhadap kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dan pengukuhan yen, lapor Agensi Berita Kyodo.

Dolar AS merosot hampir lima  yen dari akhir minggu lepas ke paras terendah baharu dalam tujuh bulan di zon atas 141 yen di tengah-tengah spekulasi yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar faedah dengan ketara pada September.

Purata Saham Nikkei terbitan 225 ditutup dengan susut 4,451.28 mata, atau 12.40 peratus dari Jumaat kepada 31,458.42. Indeks Topix yang lebih meluas jatuh 310.45 mata atau 12.23 peratus, kepada 2,227.15.

-- BERNAMA-KYODO


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan