SUKAN

PM ucap tahniah kepada Lee Zii Jia atas kejayaan menang gangsa Sukan Olimpik Paris

05/08/2024 10:26 PM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, kerana berjaya meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024, malam ini.

“Tahniah Lee Zii Jia! Satu lagi persembahan memukau yang menghadirkan pingat gangsa kedua untuk negara!” katanya menerusi ciapan di platform X malam ini.

Ini merupakan pingat kedua buat negara pada Sukan Olimpik Paris 2024, selepas kejayaan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turut menang pingat gangsa, semalam.

Zii Jia, pemain ranking ketujuh dunia, meraih pingat gangsa menerusi aksi cemerlang menentang Lakshya Sen dari India, dengan bangkit daripada ketinggalan satu set dengan kemenangan 13-21, 21-16, 21-11 pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, Paris.

Pada Ahad petang, Zii Jia yang berusia 26 tahun terpaksa akur dengan kekalahan 14-21, 15-21 kepada juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan