AM

PDRM Nafi Keluar Kenyataan Rasmi Berhubung Pertukaran Kepimpinan Tertinggi

06/08/2024 03:24 PM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) nafi keluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung laporan sebuah portal berita dalam talian yang mendakwa pasukan keselamatan itu merancang pertukaran melibatkan kepimpinan tertingginya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah mengesan satu laporan berita daripada sebuah portal dalam talian yang telah mendakwa tentang perancangan pertukaran itu.

“PDRM ingin menegaskan, tiada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara yang dimaksudkan. PDRM telah menghubungi pihak portal berkenaan, namun mereka enggan mendedahkan identiti sumber yang dinyatakan di dalam laporan berita itu.

“PDRM menasihatkan semua pihak agar tidak memetik sebarang sumber yang tidak rasmi, terutama melibatkan pasukan keselamatan dan agensi kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita dalam laporannya mendakwa Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain antara nama yang bakal ditukarkan ke agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan