AM

Pelajar Tingkatan Lima Maut Dihempap Pokok Durian

06/08/2024 03:55 PM

SIK, 6 Julai (Bernama) -- Seorang pelajar tingkatan lima yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas dihempap pokok durian di Kampung Charuk Sireh di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata ketika kejadian mangsa Muhammad Assif Md Zahid, 17, dikatakan menunggang motosikal bersendirian menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lapan.

Beliau berkata pihaknya mendapat laporan daripada ibu mangsa pada 7.44 pagi yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Siasatan awal telah dijalankan dan tidak menemui sebarang kesan jenayah atau khianat. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difahamkan kawasan tersebut mengalami hujan sepanjang malam hingga pagi tadi dan tiada saksi yang melihat kejadian itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan