JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita Cedera Ditikam Suami Dibenarkan Keluar Hospital

11/08/2024 03:24 PM

SEREMBAN, 11 Ogos (Bernama) -- Wanita yang cedera ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Bahau semalam, dibenarkan pulang pagi tadi selepas menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata suami mangsa yang juga suspek dalam kejadian itu bagaimanapun, masih menerima rawatan di Hospital Jempol dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, tetapi masih belum boleh bercakap.

"Lelaki berumur 32 tahun itu akan ditahan untuk siasatan lanjut selepas ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 30 tahun dilaporkan cedera selepas ditikam dengan sebilah pisau sebanyak dua kali oleh suaminya pada bahagian rusuk kiri dipercayai akibat perselisihan faham sebelum lelaki itu bertindak meminum racun rumpai.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau alatan berbahaya.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan