AM

TPM Fadillah Ucap Selamat Hari Belia Antarabangsa

12/08/2024 04:40 PM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengucapkan Selamat Hari Belia Antarabangsa 2024 kepada seluruh belia dalam negara yang menjadi antara aset penting, pewaris kepimpinan dan tunjang pembangunan Malaysia.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata peranan belia sentiasa diperakui dan banyak pembaharuan telah dilakukan oleh kerajaan ke arah memastikan golongan itu menjadi sebahagian daripada kumpulan penting dalam negara, antaranya menerusi Undi18 yang telah dilaksanakan.

“Suara belia sentiasa diiktiraf oleh kerajaan, malahan kita mendengar suara mereka yang turut memandu kepada pembuatan dasar dan aspirasi negara. Golongan belia harus terus kental dan kuat untuk berdepan dengan segala macam cabaran dan berusaha mempersiapkan diri bagi membentuk legasi yang lebih baik demi negara.  

“Jika ingin lihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah pada generasi muda hari ini. Selamat menyambut Hari Belia Antarabangsa 2024,” katanya dalam satu hantaran Facebook bersempena dengan Hari Belia Antarabangsa 2024 yang disambut hari ini.

Selain itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli dalam hantaran melalui Instagramnya turut  mengucapkan Selamat Hari Belia Antarabangsa 2024 kepada seluruh belia Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan