JENAYAH & MAHKAMAH

Maritim Malaysia tahan bot, lima kru warga asing langgar syarat sah lesen

12/08/2024 07:22 PM

KOTA BHARU, 12 Ogos (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama lima kru dipercayai warganegara Thailand, kira-kira 38 batu nautika dari muara Tok Bali, Pasir Puteh, semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata tangkapan dilakukan selepas bot peronda agensi itu yang sedang melaksanakan rondaan Op Naga Barat, Op Damai dan Op Tiris mendapati vesel berkenaan berada dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata kesemua mereka berusia 36 hingga 53 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri atau permit bekerja yang sah, selain bot digunakan tidak mempunyai permit sah.

“Mereka kemudian diiring masuk ke Jeti Maritim Negeri Kelantan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Erwan Shah berkata kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan