EKONOMI

UOB Malaysia sasar tingkatkan segmen perbankan runcit

14/08/2024 10:17 PM

Beliau berkata UOB telah menyaksikan peningkatan yang berterusan dalam segmen perbankan runcit dan borongnya khususnya dalam sektor runcit yang telah mengalami pertumbuhan ketara dengan kenaikan konsisten dalam akaun CASA baharu setiap bulan.

“Pengembangan ini disokong oleh platform digital kami yang kukuh, ia telah menerima 55 peratus pelanggan runcit baharu,” katanya pada taklimat media semasa Hari Korporat UOB 2024 di sini hari ini.

Mengenai kualiti akaun baharu, purata baki setiap akaun kekal kukuh dan menyumbang secara positif kepada kedudukan kewangan bank, katanya.

“Segmen borong turut menunjukkan daya tahan terutamanya melalui platform Infinity Business Digital, yang telah mengukuhkan imbangan CASA dalam sektor ini.

“Pertumbuhan dalam kedua-dua segmen runcit dan borong telah menyumbang kepada gabungan keseluruhan CASA bank ini, meletakkannya dengan baik untuk pertumbuhan masa depan,” katanya.

Ng berkata seiring dengan matlamat ekonomi Malaysia yang lebih luas, UOB Malaysia memanfaatkan sektor pertumbuhan utama seperti pembuatan bernilai tambah tinggi, tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.

“Sektor-sektor ini dilihat sebagai pemacu kritikal dalam membawa negara ke arah status berpendapatan tinggi menjelang 2030 seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

"Kami menjangkakan pelaburan yang signifikan dalam agenda hijau terutamanya dalam tenaga boleh baharu dan ekonomi digital, ia akan memacu pertumbuhan ekonomi," katanya.

Melangkah ke depan, Ng berkata UOB Malaysia kekal optimistik mengenai trajektori pertumbuhannya dan menjangkakan akan melebihi rekod keuntungan tahun lepas, didorong oleh gabungan pertumbuhan perolehan, pengurusan kos dan pelaburan strategik dalam sektor utama.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan