DUNIA

Mohamad ucap tahniah kepada Terry atas pelantikan baharu di No.10 Downing Street

14/08/2024 10:27 PM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya Tinggi British Alisa Terry yang  dilantik sebagai Setiausaha Sulit Perdana Menteri UK bagi Hal Ehwal Luar  yang baharu.

Ucapan itu disampaikan oleh Mohamad ketika menerima kunjungan perpisahan daripada Terry di pejabatnya pada Rabu, menurut Kementerian Luar  di halaman Facebook rasminya.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak melahirkan rasa puas hati terhadap hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan United Kingdom (UK).

Dalam peranan baharunya, Terry akan menasihati Perdana Menteri Keir Starmer mengenai isu-isu dasar luar dan bekerjasama rapat dengan Pejabat Luar, Komanwel & Pembangunan UK di London.

Terry yang memulakan tugasnya di Malaysia pada Ogos tahun lepas akan secara rasmi memulakan tugas baharunya di No.10 Downing Street awal bulan depan.

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan