DUNIA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Jejaki Prestasi Kukuh COMEX

16/08/2024 09:10 PM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat menjejaki prestasi kukuh niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa Ogos 2024 meningkat kepada US$2,484.30 setiap auns troy daripada US$2,480.90 setiap auns troy sewaktu ditutup semalam.

September 2024, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 masing-masing ditutup tinggi kepada US$2,488.0 setiap auns troy daripada US$2,484.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 90 lot daripada 75 lot semalam manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 135 kontrak daripada 91 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,446.65 setiap auns troy berdasarkan penetapan harga Persatuan Pasaran Jongkong London pada 15 Ogos.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan