AM

OKS Dera Anjing Husky Gagal Hadir, Mahkamah Keluar Waran Tangkap

19/08/2024 06:36 PM

PUTRAJAYA, 19 Ogos (Bernama) -- Mahkamah Sesyen Kajang hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas Orang Kena Saman (OKS) dalam kes dera anjing baka Husky di Kondominium Landmark Residence 1, Kajang baru-baru ini.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), waran tangkap tersebut dikeluarkan susulan OKS itu gagal hadir ke mahkamah bagi sebutan kes hari ini dan hanya diwakilkan oleh peguamnya.

Sebutan baharu bagi kes berkenaan ditetapkan pada 9 pagi, 30 Ogos ini.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini sehingga kes ini selesai dibicarakan dan mendapat keputusan mahkamah," menurut DVS dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai mendera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang.

Susulan itu,  DVS telah melakukan siasatan di bawah perenggan 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), dan sekiranya didapati bersalah, individu terlibat boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan