SUKAN

TFC Optimis Raih Kemenangan Ke Atas Svay Rieng FC

20/08/2024 04:08 PM

Steinbruckner berkata beliau mengharapkan tuah laman sendiri untuk mengutip tiga mata berharga pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan saingan ASEAN Club Championship (ACC) Piala Shopee 2024/2025.

Menurut beliau semua anak buahnya berada dalam keadaan baik kecuali pemain sayap, Muhammad Akhyar Rashid yang mengalami kecederaan ketika beraksi pada perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang FC Jumaat lepas.

“Perlawanan pertama adalah penting dan kita jangkakan aksi sengit daripada lawan. Kita lihat mereka ada pasukan yang baik di liga. Mereka telah main dua perlawanan dan menang…jadi ini bukan perlawanan yang mudah.

“Bagaimanapun, kita pun ada sasaran sendiri dan tahu apa yang perlu dilakukan. Kita bermain di tempat sendiri dan biasanya lebih baik. Saya percaya pada pemain saya,” katanya pada sidang media saingan ASEAN Club Championship (ACC) Piala Shopee 2024/2025 antara TFC dan Svay Rieng FC.

Sementara itu, pengendali Svay Rieng FC Jose Munoz berkata beliau berharap skuadnya yang diketuai pemain kelahiran Hong Kong, Ryo Fujii mampu meneruskan momentum kemenangan di bumi Terengganu.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan anak buahnya supaya lebih fokus dan memperkuatkan mental serta fizikal ketika beraksi di pentas ASEAN yang lebih tinggi.

“Kami telah bermula dengan sangat baik…dalam dua pusingan liga kami telah melalui dua rentak berbeza yang membantu kami menghasilkan banyak gol dan menang. 

“Bagaimanapun, di pentas antarabangsa kita berdepan dengan lawan lebih kuat dan berbeza dengan tahap permainan liga. Kami tahu TFC skuad yang bagus tetapi kami juga pasukan yang baik. Kami akan mengambil kesempatan ruang yang ada dan paling penting fokus pada permainan,” katanya

Empat pasukan lain yang turut diundi dalam Kumpulan A ACC Piala Shopee 2024-2025 ialah Dong A Thanh HOA FC, Sian United FC, PSM Makassar FC dan BG Pathum United yang berpengalaman beraksi di pentas Liga Juara-Juara Piala Asia.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan