EKONOMI

AEON Credit Service Terbit Sukuk Bernilai RM350 Juta Biayai Pembiayaan

22/08/2024 07:28 PM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit Service)  menerbitkan sukuk senior keenam di bawah program wakalah sukuknya bernilai RM2 bilion.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, terbitan berkenaan dengan jumlah nominal RM350 juta diterbitkan dalam dua bahagian terdiri daripada RM130 juta untuk tempoh lima tahun dan RM220 juta bagi tempoh enam tahun.

"Hasil daripada sukuk senior akan digunakan untuk membiayai pembiayaan dan menyusun semula pinjaman sedia ada atau mana-mana sukuk yang dikeluarkan oleh syarikat," katanya.

AEON Credit Service berkata semua penggunaan hasil program sukuk adalah patuh syariah.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan