JENAYAH & MAHKAMAH

Bomba Selamatkan 38 Mangsa Terperangkap Kejadian Kepala Air Di Batang Kali

24/08/2024 12:15 AM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan 38 mangsa yang terperangkap dalam kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Ulu Rening, Batang Kali, Selangor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.04 malam tadi sebelum lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan 38 mangsa terdiri daripada 10 lelaki dan 17 wanita, lapan kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan yang menyewa di tapak perkhemahan itu," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kesemua mangsa ditemukan dalam keadaan selamat dan air di kawasan itu semakin surut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan